Sunday, November 26, 2017

I'm fine




I'm fine. Yeah, aside from the not sleeping, the jumpiness, the constant, overwhelming, crushing fear that something terrible's about to happen.

Thursday, November 23, 2017

Allah kan ada.

A day without anxiety doesn't guarantee you a night without one.

Sebab kan dia dah jadi rakan sepanjang hayat kau 😂 dia rindu lettew.

But it's ok. Just embrace it :)

Cuma perlu usaha convince diri yang mimpi buruk itu sekadar mimpi.
Stabbing chest pain yang datang tiba tiba sebab dari mimpi tu dari anxiety bukan heart attack walaupun menangis jugak la bila kalut rasa tajam kat jantung. Nak mati ka aku? Hahaha.

Hmm begitulah.
Belajarlah untuk handle sendiri. Tak boleh lah sepanjang masa nak berharap pada orang saja kan. Agak agak la tengah tengah malam nak mengada kacau orang? Orang dah tido 😂 tapi kacau la jugak kejap hahaha.

InshaAllah, Allah ada.
So tak perlu la takut.

Allah yang sama yang menyelamatkan Nabi Ibrahim dari rentung terbakar.
Allah yang sama menyelamatkan Nabi Musa dari kaumnya.
Allah yang sama mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan nun.

Allah yang sama mengeluarkan aku kita dari kesusahan kesakitan yang dulu.

Kenapa perlu kita ragu yang Allah akan pertolonganNya kali ini?

Senyum

Wednesday, November 22, 2017

Acceptance | Penerimaan

Semua yang terjadi, bukanlah salah anxiety.
Aku tidak akan menyalahkan ia atas setiap kehilangan, segala kelukaan dan patah hati yang dirasai.


Kerana aku tahu, ia sudah menjadi sebahagian daripada diri, untuk beberapa tempoh yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Setelah aku didiagnos dengan Generalized Anxiety Disorder dan Panic Attack, aku cuba cari apa sahaja support group yang ada di Facebook, dengan harapan boleh belajar dan mengenali lebih lagi tentang keadaan diri aku.

Bila kita ada penyakit yang paling banyak stigma masyarakat kepadanya, ternyata bukan mudah untuk aku open up kepada sesiapa tentang penyakit aku ini.

Lepas sebulan baru aku open up tentang sakit aku ini kepada orang lain. Walaupun dialah orang aku paling percayai dan ceritakan segala masalah.

Dan beliau telah memperkenalkan aku pada someone yang telah berjaya mengawal penyakit ini, tanpa sebarang ubat mahupun bantuan daripada pakar. Bukan aku menolak untuk berjumpa doktor mahupun pakar psikiatri, tetapi ada sebab tersendiri untuk tidak ke sana. 

Seseorang itu, nama penanya VirginRose VR.

Perkara pertama yang aku belajar daripada beliau ialah tentang Acceptance atau Penerimaan.

Senang cerita, REDHA. 

Dan dari situ, aku mula belajar untuk menerima keadaan diri aku.

Aku perlu belajar menerima kala panik menyerang.
Menerima ketika sempitnya nafas, ketarnya tangan, lajunya debaran jantung.
Menerima yang ada kala malam-malam yang berlalu di mana belum sempat aku terlena, mentari sudah muncul tiba.

Aku perlu belajar menerima cara mindaku memproses maklumat. Di mana semuanya kuanggap bagaikan bahaya. Semua benda aku risaukan walaupun benda yang remeh.

Aku perlu belajar menerima atas imaginasi imaginasi liar seperti teruknya cara kematian, baik diriku ataupun insan yang aku sayangi.

Aku perlu belajar menerima jika ada hari hari yang kurasakan kelam. Di mana aku tidak mampu berbuat apa melainkan termenung ke siling, berbaring, tidak mampu mengangkat diri. Di mana hari itu, bangkitnya aku dari katil dan keluarnya aku dari bilik adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Aku perlu belajar menerima ada ketikanya hanya kegelapan yang aku lihat, tidak mampu melihat cahaya meskipun dalam suasana yang terang benderang.

Aku perlu belajar menerima ketika hari aku merasa berat untuk ke tempat kerja. Tempat kerja yang membuatkan aku gelisah dan takut. Serik dan risau. Aku perlu menerima jika hari hari aku tidak mampu memberi tumpuan kepada kerja dek serabutnya otak memikirkan perkara yang tidak perlu.

Aku perlu belajar menerima segala perasaan perasaan takut kehilangan, takut ditinggalkan, susah hati bahawa diri menjadi beban bagi orang lain. Menerima perasaan bukan bukan tentang orang yang aku sayangi. Di mana aku rasa dia merasa susah dan terpaksa melayan aku dsb. Bukan niat untuk bersangka-sangka, tetapi aku tidak mampu menolak fikiran fikiran itu untuk datang.

Aku perlu belajar menerima.
Menerima dan redha akan setiap ketentuan, keadaan yang datang kepadaku, keadaan baik atau buruk.

Jauh sekali di sudut hati aku inginkan ia pergi, tapi aku sedar, ia akan menjadi rakan sepanjang hayatku. Di mana aku hanya perlu mengawalnya.

Untuk melakukan semua ini, ternyata aku tidak ada daya.
Tetapi, tiada daya yang lebih kuat melainkan kekuatanNya.

Maka aku sekadar insan lemah, yang menumpang kekuatan dariNya.

La hawla wa la quwwata illa billah.


Wednesday, November 15, 2017

One Thing At A Time

Post sebelum ini aku ada menceritakan tentang rakan sepanjang hayat aku.

Sebelum ini, aku mampu buat banyak perkara dalam satu satu masa. Cuma kebelakangan ini, benda yang banyak banyak itu mudah membuatkan aku serabut dan akhirnya tidak mampu berfungsi dengan sebaiknya.

Tak dinafikan rasa ralit tu ada, tetapi aku tahu, segala apa yang aku ada ini, semuanya Allah pinjamkan.

Kalau benda yang kita pinjam dari orang, bila bila masa saja kita kena pulang kan kalau orang tu nak ambil balik?

Begitu juga dengan kemampuan aku yang aku ada sebelum ini.

Oleh itu aku kena belajar menerima, aku yang kini tidak sama aku yang dahulu. Tak perlu lagi dikenang diri kita yang dahulu sedangkan kita hidup pada masa kini.

So, bila dah mula serabut, perkara pertama yang kena aku buat, ialah
bertenang.

Ya bertenang.

Buat la apa saja agar kita mampu bertenang. Berjalan ke. Driving ke. Call orang tersayang ke. Melukis ke. Menulis. Apa apa lah. Sebab kalau tak bertenang, encik PA akan datang.

Kedua, buat satu satu. One thing at a time. Ya memang susah kalau kau dah berdamping dengan rakan sepanjang hayat kau ini, sebab bila kau punya fikiran bukan bukan tu nak hadir, macam air. Susah nak dihalang. Last last kau yang lemas.

tapi, benda ni ialah benda yang kau boleh cuba.

Kena latih diri.
Tapi kena ready la, sepanjang kau berlatih, kadang jatuh calar juga. Begitu juga kalau kau nak melatih minda kau untuk belajar bertenang dan buat satu satu.

Dan, jangan lupaaaa bernafas. Bernafas seperti biasa. Sebab otak kita ni, kalau dah fokus fikir benda benda kat sekeliling kita, kita tend untuk lupa untuk bernafas hahaha. Boleh pulak kan? Hanya yang ada 'rakan' ini saja yang memahaminya.

InshaAllah. Banyakkan berdoa ya.
Tiada siapa dapat menyembuhkan penyakit ini melainkan Allah. Banyak bergantung harap padaNya.

InshaAllah, Dia bagi sakit nak bagi hapus dosa, nak tingkatkan darjat kita di sisiNya.

Selamat berjuang.

Tuesday, November 14, 2017

Rakan Sepanjang Hayat

Lama dah tak menulis blog.

Rasanya kali terakhir pada tahun 2014 

Kembali menulis, mungkin sebab jiwa ini perlukan terapi dan menulis itu juga sebuah terapi.

Rasanya dah tiga bulan lebih dah kot Allah uji dengan sakit ini.

Sakit kecelaruan mental.
Bahasa omputehnya mental illness.
Specificnya Generalized Anxiety Disorder with Panic Attack.

Atau aku gelar dia...'rakan sepanjang hayat'

Dalam tempoh ini aku masih belajar tentang penyakit aku sendiri.

Ya kadang aku mampu berdamai dengannya, tapi seringkali juga aku tewas.

Sakit yang kadang kadang rasa buat kita sesak dada, rasa nak mati.
Kadang menangis tiba tiba tak tahu sebab. Pernah sekali aku menangis sebab doktor tu lambat tolong aku ambik darah hahaha. Menulis ini pun sambil air mata mengalir hahahaha.
Overthinking, risau tak bertempat. Hingga terkebil kebil di malam hari.
Takut menggigil tak tahu punca.
Ada masanya rasa self-esteem jatuh ke tahap yang rasa diri ni worthless hopeless helpless sangat.

Dan sampai kadang, terfikir...
"kenapa aku perlu terus berada di sini? to be exact, terus hidup di dunia ni."

Tapi inshaAllah dan doakan, ia sekadar 'thought' sahaja, tak membuahkan tindakan. Huhuhu.

Setakat tiga bulan dealing dengan mental illness ini, macam macam dah dirasa.  Penat jugak la rasa. Kadang rasa nak give up.

Tapi aku yakin, bukan saja saja pun Allah letak aku pada kondisi ini.
Dan Dia takkan membiarkan aku sendirian.
Alhamdulillah ada Dia di sisi. Dan ada seorang insan yang sangat baik hati sentiasa bersama aku dalam perjalanan bersama ujian ini. Walaupun aku selalu takut satu hari dia akan pergi dari aku sebab bosan hahaha. Ok salahkan anxiety sebab aku berfikiran macam tu huhuhu. Tapi ya aku tahu, dia pun pinjaman dari Dia. Sampai masa Dia nak ambil, nak buat macam mana kan? Siapa la aku nak mempersoalkan ketentuannya.

Apapun, blog ini akan aku jadikan jurnal perjalanan bersama 'rakan sepanjang hayat' aku ini.

Moga ada yang mendapat manfaat. InshaAllah.